Sesak Nafas Rupanya Ada Ketulan Darah Dalam Paru-Paru!
Aku bertugas seorang harini di Zone Hijau. Kad pesakit seterusnya bernama Halimah (of course bukan nama sebenar), mengandung kira-kira 7 bulan mengadu sesak nafas. Aku memanggil beliau masuk ke bilik konsultasi.
“Assalamualaikum puan Halimah, apa boleh saya bantu harini?” kataku sambil membelek buku merah jambu antenatal care wanita muda berbaju hijau itu.
“Saya cepat mengah sejak akhir-akhir ini. Jalan sikit dah penat, buat kerja sikit dah letih.”
“Penat tu bagaimana? Dia macam sukar bernafas ke?” tanyaku untuk lebih mengerti akan pemilihan perkataan beliau.
“Ye doktor. Selalunya saya masak amik masa sejam aje. Tapi sejak seminggu ni saya masak benda simple aje pun dah amik masa 6 jam. Penat.” ujarnya.
Pernafasan beliau kelihatan sedikit laju.
“Kaki puan ada bengkak sebelah ke? Sakit betis ke, peha ke?” tanyaku risau.
“Ada, kaki kanan saya macam lagi besar dari kaki kiri, sakit juga.”
Oh no! Ini tanda-tanda darah beku dalam pembuluh darah!
Pelbagai soalan aku tanya tapi otakku ligat memikirkan risiko beliau tinggi untuk menghidapi penyakit Pulmonary Embolism.
Setelah memeriksa beliau dengan menyeluruh, aku mengarah beliau mengikutiku ke wad pemerhatian untuk ultrasound scan.
Aku memang sejenis spesis manusia yang berjalan laju, jadi tanpa berlengah aku pun menuju ke arah wad tersebut memikirkan wanita tersebut berada di belakangku.
Toleh-toleh, eh, beliau tiada?! Aah, sudah haha di mana dia?
“Doktor, kejap! Saya putus nafas ni.” bisiknya dari kejauhan.
Aku tergelak kecil akan sikap selfish ku, lalu memohon maaf.
Beliau baru berjalan tak sampai 5 langkah, dah putus nafas. Pelik.
Bedside ultrasound scan menunjukkan ada ketulan darah pada pembuluh darah kaki kanannya (Deep Vein Thrombosis). Seterusnya aku scan jantungnya. Ya Allah! Betul telahan ku, scan jantung menunjukkan tanda-tanda ada ketulan darah beku di paru-paru beliau (Pulmonary Embolism).
Aku break the bad news kepada puan Halimah, menerangkan bahawa beliau mengalami masalah darah beku di kaki kanan dan di paru-parunya. Beliau perlu dimasukkan wad dan diberi ubat pencair darah segera.
Moral of the story: wanita mengandung yang mengalami sesak nafas sila segera mendapatkan rawatan di hospital segera. Pulmonary Embolism boleh membawa maut!




