Ramai tanya saya bagaimana nak kira keuntungan daripada simpanan emas mereka yang telah mereka simpan sekian lama.
Lebih bersemangat kan jika kita dapat tahu berapa keuntungan daripada simpanan emas kita? Jom kita lihat!

Jika anda beli emas Public Gold pada 8 November 2016 dan menjualnya semula pada 8 November 2024 (rujuk gambar di atas), begini kiraan keuntungannya.
Jumlah kos emas tolak harga yang kita dibayar bila dapat emas.
Contoh pertama,
| Produk emas 1000gram | |
| Kos beli pada 2016 (PG Sell): | RM181,605 + RM250 (gold premium) = RM181,855 |
| Harga jual pada 2024 (PG Buy): | RM380,783 |
| Untung: | RM380,783 – RM181,855 = RM198,928 (109.39%) |
Contoh kedua,
| Produk emas 10gram | |
| Kos beli pada 2016 (PG Sell): | RM1,861 + RM15 (gold premium) = RM1,876 |
| Harga jual pada 2024 (PG Buy): | RM3,741 |
| Untung: | RM3,741 – RM1,876 = RM1,865 (99.41%) |

Produk emas yang lebih besar gramnya, lebih senang untuk anda buat untung dengan pelaburan emas.
Ini kerana, item yang lebih besar, harga emasnya per gram lebih murah berbanding item yang size lebih kecil.
Spreadnya juga lebih nipis.
Harap bermanfaat!
See you next time, inshaAllah.
Dr Nadiah Shukree – 7 Januari 2025, KL




